I made this widget at MyFlashFetish.com.

HEBAHAN 05/01/2010 (20 Muharram 1431H)

(1) mybkd4 kini mengorak selangkah lagi ke hadapan. Kini boleh diakses melalui laman sosial Facebook. Jadilah peminat sekarang!

Pertemuan penduduk kali pertama

Pertemuan penduduk kali pertama

15 Oktober 2009

Hikmah Berjiran

Ah berkesempatan hadir di majlis Rumah Terbuka Rashidi yang tinggal di sebelah rumah. Tetamu pertama yang mampir sebaik 'pintu' dibuka. Enak menjamu selera dengan Laksa Sarawak dan satay. Anak-anak berselera menikmati ayam bbq.

Sebaik balik dari rumah Rashidi, jiran-jiran pula datang berkunjung- Yahya, Rizal dan Nik serta keluarga. Riuh rendah jadinya. Barulah dapat berkenal mesra antara satu sama lain. Anak-anak pula petang itu barulah menjadi 'geng' bermain bersama walaupun sebelum ini sering berselisih bahu di jalanan tetapi tidak pernah bertegur sapa. Jadi itulah hikmahnya hidup berjiran dan berkesempatan pula berkenal mesra sehingga mengikat ukhwah antara ahli keluarga. Semoga ia akan mencambah dan subur selagi hayat dikandung badan. T.BUKADA

1 ulasan:

  1. Gambo kemeriahan ada tak?? tak sabo nak tgk wajah2 jiranku

    www.modeofbaby.blogspot.com

    BalasPadam